Carian
VLC Untuk iOS Kini Dikemaskini Dengan Sokongan Chromecast
July 19, 2018 Aman

VLC merupakan salah satu pemain media yang popular, bukan sahaja pada desktop, tetapi juga pada peranti mudah-alih. Terkini, pembangun pemain media berkenaan telah pun menawarkan kemaskini untuk aplikasi mereka pada iOS, dan menyertakan salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu Chromecast.

Dengan adanya sokongan Chromecast, kini pengguna boleh dengan mudah memainkan sesuatu fail media, dan menonton ia melalui televisyen dengan sokongan Cast. Ciri ini memudahkan pengguna menonton kandungan pada skrin besar dengan mudah.

Selain daripada itu, VLC untuk iOS juga dikemaskini dengan pelbagai sokongan kestabilan dan prestasi tambahan.

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau iPad, boleh memuat-turun aplikasi ini, dan menikmati ciri baru yang dibawakan ini.

Komen