Huawei Nova 3 Dan 3i Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo Pada 8 Ogos

Huawei Nova 3 Dan 3i Akan Menerima Kemaskini GPU Turbo Pada 8 Ogos

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Dua peranti terkini di dalam keluarga Nova  iaitu Nova 3 dan Nova 3i dilancarkan hari ini. Kedua-duanya dijana oleh pemproses Kirin dan oleh itu menyokong sistem GPU Turbo. Bagi yang merancang untuk membeli peranti ini, fungsi ini walau bagaimanapun hanya akan dapat digunakan selepas kemaskini diterima pada 8 Ogos.

Melalui kemaskini GPU Turbo, Huawei mengatakan ia akan menambah-baik pemprosesan grafik sehingga 60%, selain mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30%. Walau bagaimanapun, ciri GPU Turbo ini hanya menyokong permua PUBG Mobile dan juga Mobile Legends : Bang Bang sahaja buat masa ini. Lebih banyak permua dijangka ditambah dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN