Harga Jualan Vivo V9 Dikemaskini – Kini Berharga RM1199

Harga Jualan Vivo V9 Dikemaskini – Kini Berharga RM1199

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Vivo bakal melancarkan Vivo NEX secara rasminya pada minggu hadapan. Selari dengannya, Vivo telah mula mengemaskini harga produk mereka, dan salah satunya adalah Vivo V9.

Vivo V9 sebelum ini berharga RM1399 ketika dilancarkan pada bulan Mac lepas. Ia kemudiannya dikurangkan menjadi RM1319 selepas GST kadar sifar, dan kini harga jualan barunya adalah RM1199.

Vivo V9 hadir dengan skrin 6.3-inci dengan rekaan bertakuk, dijana cip Snapdragon 626, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 16MP + 5MP, selain kamera hadapan 24-megapixel untuk swafoto. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 3260mAh bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Vivo V9, boleh membelinya melalui laman Lazada hari ini.


TIPS & ULASAN