Xiaomi Mi Max 3 Kini Rasmi – Berskrin 6.9-inci Dengan Bateri Berkapasiti 5500mAh
Aman
Xiaomi hari ini telah pun melancarkan telefon pintar berskrin besar mereka secara rasminya, iaitu Xiaomi Mi Max 3. Telefon pintar ini memfokuskan kepada pengguna yang inginkan skrin bersaiz besar – terutamanya dalam melakukan pelbagai tugasan, dan pada masa yang sama menikmati pelbagai kandungan menggunakannya.
Xiaomi Mi Max 3 menggunakan skrin bersaiz 6.9-inci dengan paparan HD+ penuh. Ia menggunakan rekaan skrin tanpa takuk pada nisbah 18:9.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 636, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Xiaomi Mi Max 3 menggunakan dwi-kamera belakang, iaitu gabungan 12-megapixel dan 5-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel untuk swafoto. Turut disertakan pada telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 5500mAh, serta sokongan bicu audio 3.5mm.

Xiaomi menggunakan antaramuka MIUI 9.5 berasaskan Android 8.1 bersama-sama dengannya.
Buat masa ini, ia hanya diumumkan di China, dan akan ditawarkan pada harga bermula RMB1699 (untuk model 4GB RAM) iaitu sekitar RM1022.