Cari @ Amanz

Bang & Olufsen ialah sebuah jenama pembuat peralatan audio yang cukup terkenal di seluruh dunia. Mereka bukan sahaja hadir dengan peranti audio mereka sendiri, malah telah bekerjasama dengan beberapa jenama lain untuk mereka pembesar suara untuk peranti-peranti lain seperti laptop dan sebagainya.

Bang & Olufsen juga mempunyai jenama subsidiari dibawah syarikat tersebut yang dinamakan B&O Play. Oleh kerana peranti audio Bang & Olufsen dilihat sebagai peranti premium untuk golongan bangsawan, B&O Play dicipta untuk membuat produk-produk yang hadir pada harga mampu milik untuk pengguna-pengguna marhaen.

Penyatuan jenama ini dikatakan berlaku kerana walaupun B&O Play merupakan jenama subsidiari, jualan produk-produk B&O Play dikatakan separuh daripada jualan tahunan keseluruhan Bang & Olufsen.

Menariknya, penyatuan jenama Bang & Olufsen dan B&O Play ini sudahpun bermula sejak sebulan yang lalu, walaupun buat masa ini, pemasaran dan jualan produk-produk ini masih dilakukan dengan berbeza.

Buat masa ini, Bang & Olufsen masih belum mengesahkan bilakah kedua-dua jenama ini akan disatukan secara terbuka, Terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan ingin menghabiskan stok produk-produk B&O Play dahulu sebelum mengubah label untuk produk-produk ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd