Cari @ Amanz

Pelbagai pembuat komponen komputer bakal hadir dengan papan induk B450 yang boleh digunakan bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen 2 yang sudahpun hadir di pasaran.

Apa yang menarik di sini ialah AMD dikatakan bakal hadir dengan beberapa lagi model CPU, dan terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa diantara CPU-CPU tersebut hadir dengan sejumlah teras fizikal yang cukup banyak.

MSI merupakan salah satu daripada rakan pembina papan induk ini, dan di dalam video acah papan induk B450 mereka, dimana mereka menunjukkan pelbagai ciri-ciri, salah satu daripada ciri-ciri tersebut ialah Core Boost, yang membolehkan CPU-CPU AMD Ryzen lapan teras dan keatasĀ untuk menerima kuasa yang mencukupi untuk digerakkan, walaupun dalam mod lewahjam.

Ini cukup menarik kerana beberapa hari lalu, Intel baru sahaja menunjukkan bahawa mereka akan hadir dengan CPU lapan teras dan 16 bebenang kuasa melalui siri CPU Intel Coffee Lake-S mereka.

AMD sudahpun hadir dengan CPU lapan teras melalui CPU AMD Ryzen 7 2700X mereka, dengan AMD menyatakan bahawa mereka masih akan melancarkan beberapa CPU lagi sepanjang tahun ini.

Video acah dari AMD ini boleh dikatakan petanda awal bahawa siri CPU AMD Ryzen akan memperlihatkan CPU dengan lebih daripada lapan teras fizikal, dan ini pastinya sebuah komponen yang menjadi keinginan orang ramai untuk membina komputer yang cukup berkuasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd