Jualan Huawei Nove 3e Akan Dihentikan Di Malaysia Selepas Nova 3i Memasuki Pasaran

Jualan Huawei Nove 3e Akan Dihentikan Di Malaysia Selepas Nova 3i Memasuki Pasaran

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Huawei Nova 3i akan mula dijual di Malaysia pada 28 Julai ini. Dengan harga jualan RM1249, ia adalah lebih murah berbanding Nova 3e yang dijual pada harga RM1399 sejak penghujung Mei yang lalu. Di dalam sidang media pasca pelancaran, pihak Huawei Malaysia mengesahkan harga Nova 3e tidak akan dikurangkan pasca pelancaran Nova 3i walaupun ia mempunyai spesifikasi yang lebih rendah.

Ini adalah kerana jualan Nova 3e akan dihentikan selepas stok semasa habis di pasaran Malaysia. Telefon pintar Nova 3i akan menggantikan tempat Nova 3e sebagai peranti kelas pertengahan mereka di Malaysia.

Nova 3i bukan sahaja mempunyai pemproses lebih berkuasa tetapi juga skrin lebih besar, dwi-kamera hadapan dan kapasiti bateri lebih tinggi. Satu-satunya kekurangan ialah Nova 3i ianya tidak menyokong pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN