Secara purata kita menghabiskan selama empat jam sehari di atas talian. Ini dihabiskan pada platform media sosial popular seperti Instagram, Facebook dan Snapchat. Jadi kebarangkalian menghubungi rakan lebih mudah dengan menggunakan aplikasi di atas berbanding menghantar emel. Instagram hari ini mengumumkan fungsi baru yang menunjukkan sekiranya rakan anda sedang aktif di dalam aplikasi.
Menerusi fungsi ini sebuah titik berwarna hijau akan terpapar pada bucu bawah avatar rakan anda sekiranya mereka sedang menggunakan Instagram. Dengan adanya notifikasi ini, anda boleh menghantar mesej menerusi Direct dan mendapatkan jawapan lebih pantas.
Buat masa ini tanda hijau ini hanya akan muncul pada insan yang anda mengikuti anda atau yang pernah menghantar mesej menerusi Direct. Instagram menyediakan pilihan untuk mematikan notifkasi atau menyorokkan status atas talian anda sekiranya ini tidak diperlukan.