Facebook Akan Mengunci Akaun Pengguna Berusia Bawah 13 Tahun

Facebook Akan Mengunci Akaun Pengguna Berusia Bawah 13 Tahun

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Facebook merupakan salah satu laman sosial terkemuka yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Laman sosial berkenaan menetapkan had pendaftaran untuk 13 tahun dan ke atas, namun terdapat sejumlah pengguna yang berusia 13 tahun dan ke bawah yang turut mendaftar perkhidmatan media sosial berkenaan.

Bercakap mengenainya, kini Facebook menyatakan mereka akan mengambil tindakan, dan mula mengunci akaun pengguna dibawah 13 tahun.

Sekiranya sesuatu akaun dilaporkan kepada Facebook, pihak Facebook akan memantau dan mengunci akaun berkenaan sekiranya ia dikenal-pasti dibawah 13 tahun. Facebook juga akan meminta pengesahan sekiranya mereka nyatakan berusia lebih 13 tahun.

Memandangkan Facebook turut memiliki Instagram, maka kita mungkin melihat perkara sama turut dikuat-kuasakan untuk platform berkenaan.

Walaupun menekankan perkara ini, pihak Facebook masih mempunyai penawaran alternatif untuk kanak-kanak melalui Messenger Kids – namun akaun mereka perlu diuruskan oleh para ibu bapa, dan hanya diperkenalkan dibeberapa buah negara sahaja.


TIPS & ULASAN