Honor Note 10 Akan Dilancarkan Pada 31 Julai

Honor Note 10 Akan Dilancarkan Pada 31 Julai

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Rekaan phablet Honor Note 10 tertiris beberapa hari yang lalu. Ia mempunyai skrin 6.9″ dan bezel yang agak nipis. Kemunculan Honor Note 10 ini amat dinantikan kerana model kemaskini kepada Honor Note 8 tidak dilancarkan tahun lalu.

Menerusi laman Weibo rasmi mereka, Honor mengesahkan tarikh pelancaran peranti akan diadakan pada 31 Julai.  Ini akan diikuti pula oleh pelancaran global pada 30 Ogos ketika acara IFA berlangsung.

Honor Note 10 dikhabarkan menggunakan skrin 6.9″ OLED, Kirin 970, memori sebesar 6GB RAM. Ini meletakkannya sebagai peranti phablet yang paling berkuasa tahun ini.


TIPS & ULASAN