WhatsApp Akan Mengehadkan Berapa Kali Anda Boleh Memanjangkan Mesej Ke Tetingkap Lain

WhatsApp Akan Mengehadkan Berapa Kali Anda Boleh Memanjangkan Mesej Ke Tetingkap Lain

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah menambah label pada mesej yang dipanjangkan kepada anda oleh pengguna lain – sekaligus memudahkan pengguna mengenal-pasti mesej berantai berbanding mesej biasa.

Terkini, dalam usaha untuk mengehadkan lagi penyebaran info dan berita palsu, WhatsApp mengumumkan mereka akan mengehadkan berapa kali seseorang boleh memanjangkan (forward) mesej yang diterima mereka.

WhatsApp Forward

Melalui had yang ditetapkan, seseorang pengguna boleh hanya memanjangkan mesej yang diterima mereka kepada 20 orang lain sahaja. Pada masa yang sama, di India kawalan had adalah lebih tinggi, dimana pengguna akan dihadkan kepada had 5 orang sahaja.

Dengan langkah ini, ia secara tidak langsung akan mengurangkan kadar kelajuan sesuatu mesej tular – dan pada masa yang sama dilihat akan lebih mengawal penyebaran berita palsu berbanding sebelumnya.


TIPS & ULASAN