Cari @ Amanz

Xiaomi Mi A1 adalah telefon pintar dengan Android One pertama dari Xiaomi. Ia boleh dikatakan peranti Android asli Xiaomi yang berjaya. Tetapi sehingga kini ia masih tidak menerima sokongan Android P Beta. Pengguna Mi A1 kini boleh berasa gembira kerana Android P beta berjaya diport ke Mi A1.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pepijat yang sedikit mengganggu. Antaranya adalah tiada sokongan VoLTE, sokongan gesture pengimbas cap cari memerlukan tampalan Goodix, lampu lED butang navigasi fizikal tidak menyala dan pop-up mesej “Internal Error Problem” akan sentiasa terpapar setiap kali boot.

Langkah-Langkah Pemasangan

  • Info
  • PERINGATAN: Pastikan anda sudah menyahkunci bootloader dan tahu asas flash/root/pengubahsuaian sistem/dll. AMARAN: Proses ini memerlukan segala data diformat oleh itu buat sandaran terlebih dahulu
  1. Pasang TWRP jenis fastboot-only. Muat turun di sini.
  2. Flash pemasang TWRP CosmicDan’s. Muat turun di sini.
  3. Boot masuk ke mod pemulihan.
  4. Format segala data anda untuk memudahkan pemasangan.
  5. Ubah sistem kepada mod treble – ini kerana Android P hanya sokong peranti dengan Project Treble. Pergi ke “Advance” > “Tissot Manager” >  “repartition userdata option” > “singleboot option” > “repartition“.
  6. Flash imej vendor ini sebagai “Vendor Image” dan mount vendor partiton ke partition B.
  7. Muat turun imej A/B System GSI dan extract system.img dan Flash sebagai “System Image”.
  8. Flash POST-sGSI 1 Tissot dan kemudiannya dituruti oleh POST-sGSI 2 Tissot.
  9. Flash kernel yang menyokong treble seperti Moun/ProjectK atau juga Velocity.
  10. Pergi semula ke “Tissot Manager” dan pergi ke “patches” dan tetapkan mod SELinux kepada Permissive.
  11. Untuk akses root flash Magisk.
  12. Flash bootloader atau firmware terkini dari kemaskini Android 8.1 bulan Julai.
  13. Reboot dan pasang Google Play Service daripada pautan ini.

Jika berjaya ikuti langkah-langkah di atas, anda kini telah menjalankan Android P Beta 3 pada peranti Mi A1 anda. Seperti biasa, sila berhati-hati dan tanggung sendiri risiko flash dan pengubahsuaian peranti.

Menunggu Android P stabil untuk Android One pasti mengambil masa sedikit lama berbanding Android asli yang dijadualkan akan stabil pada bulan September akan datang. Oleh yang demikian “minawan” boleh cuba langkah-langkah ini untuk cuba Android P lebih awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd