Menstriman siri kegemaran secara maratonton kini dilakukan oleh hampir semua orang. Seperti yang dikongsi oleh Netflix tempoh hari, Malaysia adalah di tangga ketiga gemar melakukan maratonton ketika di luar rumah. Jadi adalah normal untuk penonton khayal dengan sisi TV sehingga tidak menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Di Amerika Syarikat kini wujud cadangan menggubal akta yang mewajibkan perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Spotify untuk menyokong paparan notifikasi kecemasan. Dengan sokongan ini penonton yang khayal masih boleh menerima notifikasi bahaya bencana alam, serangan pengganas dan sebagainya bagi menyelamatkan nyawa mereka sebelum terlewat.
Kajian akan dilakukan oleh FCC dan perlu dilengkapkan dalam masa 270 hari. Di A.S paparan notifikasi kecemasan perlu disertakan pada peranti pintar iOS dan Android.