Nokia 6.1 Plus Dilancarkan – Nokia X6 Untuk Pasaran Global

Nokia 6.1 Plus Dilancarkan – Nokia X6 Untuk Pasaran Global

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Nokia X6 akan dilancarkan ke pasaran global tetapi menggunakan nama baru Nokia 6.1 Plus. Telefon pintar bertakuk pertama Nokia ini akhirnya memasuki pasaran Hong Kong hari ini. Ini mungkin pasaran pertama sebelum pelancaran global secara besar-besaran.

Nokia 6.1 Plus  dilengkapi skrin bersaiz 5.8-inci IPS LCD FHD+. dijana pemproses Snapdragon 636, memori sehingga 6GB, storan 64GB, kamera utama 16+5 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapxiel dan bateri sebesar 3060 mAh yang menyokong QuickCharge 3.0.

Selain Nokia 6.1 Plus, Nokia 5.1 Plus juga dipercayai akan dilancarkan kelak dan ia adalah sebuah Nokia 5X yang dijenamakan semula.


TIPS & ULASAN