RollerMouse Red Ultimate Direka Untuk Mereka Yang Mahukan Tetikus Dengan Rekaan Unik

RollerMouse Red Ultimate Direka Untuk Mereka Yang Mahukan Tetikus Dengan Rekaan Unik

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Penggunaan tetikus mula menjadi popular pada komputer selepas pengenalan antaramuka grafik. Dengan tetikus melakukan pelbagai tugasan komputer akan menjadi lebih mudah. Terdapat pelbagai jenis tetikus di pasaran tetapi tidak ada satupun mempunyai rekaan seunik RollerMouse Red Ultimate Ergonomic Mouse.

“Tetikus” ini direka untuk digunakan di bawah papan kekunci. Secara teorinya pengguna boleh menggunakan Rollermouse tanpa tangan meninggalkan papan kekunci. Terdapat roda tatal atas ke bawah dan pelungsur sisi untuk menatal secara mendatar.

Beberapa butang fizikal yang disertakan boleh diprogramkan untuk melancarkan pelbagai aksi. Kejituan tetikus ini boleh ditetapkan di antara 800-2400 DPI. Bateri yang digunakan pula boleh bertahan selama tiga bulan. Tetikus unik ini dijual pada harga $265 (~RM 1076) sebuah.


TIPS & ULASAN