Telefon Merupakan Antara Barangan Yang Dicadangkan Untuk Dikecualikan Cukai Jualan

Telefon Merupakan Antara Barangan Yang Dicadangkan Untuk Dikecualikan Cukai Jualan

Diterbitkan pada July 20, 2018 oleh .

Kerajaan telah pun mengubah kadar GST kepada kadar sifar, sebagai salah satu persediaan untuk pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September 2018 kelak. Kini, sebagai persediaan untuknya, kerajaan telah mengeluarkan cadangan senarai barangan yang dikecualikan cukai jualan berkenaan.

Terdapat pelbagai barangan yang dicadangkan untuk dikecualikan cukai jualan, termasuk antaranya adalah telefon mudah-alih. Ini bermakna, kita mungkin akan melihat telefon pintar akan turut dikecualikan daripada dikenakan cukai jualan – dan mungkin hagra jualannya tidak meningkat.

SST Telefon

Buat masa ini, penyenaraian ini masih lagi pada peringkat cadangan sahaja, dan mungkin akan disahkan dalam minggu-minggu akan datang.

Produk lain seperti komputer dan sebagainya masih tidak diketahui sama ada akan turut dikecualikan cukai jualannya ataupun sebaliknya.

Muat-Turun Cadangan Senarai Barangan Yang Dikecualikan Cukai Jualan (PDF)


TIPS & ULASAN