Cari @ Amanz

Bagi penunggang motosikal, mengelakkan diri dari terperangkap di dalam kesesakan jalan raya menjadi lebih mudah sejak pengenalan mod motosikal untuk Google Maps. India ialah negara pertama menerimanya dan Malaysia pula yang ketika pada penghujung Jun lalu. Mod ini kini diaktifkan di tujuh lagi negara serata Asia.

Negara tersebut adalah Hong Kong, Myanmar, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam dan Filipina. Kelebihan mod kenderaan dua roda ini ialah ia boleh mengarahkan penunggang untuk menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan empat roda. Secara teorinya jalan pintasan ini akan mempercepatkan perjalanan mereka. Mod ini boleh digunakan pada aplikasi Android dan iOS Google Maps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd