Cari @ Amanz

Dengan lebih 2 bilion pengguna kini pada platform Facebook, perkhidmatan sosial berkenaan sering melihat kaedah untuk menambah pengguna. Salah satunya adalah dengan memfokuskan kepada negara-negara membangun.

Namun, salah satu masalahnya adalah akses internet dikawasan berkenaan. Untuk tujuan berkenaan, mereka bereksperimen dengan sejumlah kaedah baru. Sebelum ini, Facebook telah menguji dron yang boleh memancarkan internet – namun projek berkenaan telah dibatalkan beberapa bulan lepas.

Terkini, melalui pengesahan baru yang dilaporkan Wired, ia dilihat Facebook sedang membangunkan satelit yang boleh memancarkan internet. Dikenali dengan nama “Athena”, dan ia dijangka dilancarkan pada 2019 kelak.

Untuk makluman, sebelum ini Facebook turut pernah ingin menghantar satelit mereka tersendiri, namun, ia ditangguhkan selepas satelit yang ingin dihantar meletup ketika dibawa melalui roket SpaceX pada 2016 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd