Cari @ Amanz

Vivo NEX merupakan salah satu telefon pintar baru dipasaran yang hadir dengan rekaan kamera hadapan yang boleh dibuka ke atas – dalam usaha untuk hadir dengan rekaan skrin menyeluruh. Ia bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan, tetapi seperti biasa, beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan dan memperlihatkan harganya.

Vivo Nex

Vivo Nex

VIVO NEX hadir dengan skrin 6.59-inci dengan rekaan nirbingkai, menggunakan cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Telefon pintar ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, bersama bateri 4000mAh.

Untuk kamera hadapan, ia menggunakan bahagian pop-keluar yang boleh disembunyikan – menyertakan kamera 8-megapixel, sementara dwi-kamera belakang 12MP+5MP pada bahagian belakang.

Daripada penyenaraian DirectD, ia dilihat VIVO NEX ini mungkin berharga RM2799 di Malaysia.

Dengan penawaran spesifikasi tinggi dan rekaan kamera boleh disembunyikan, adakah harga ini berbaloi untuk anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd