Rekaan Sony Xperia XZ3 Tertiris

Rekaan Sony Xperia XZ3 Tertiris

Diterbitkan pada July 22, 2018 oleh .

Sony Xperia XZ3 akan dilancarkan pada penghujung bulan Ogos. Peranti akan meneruskan penggunaan skrin 18:9 dan dwi kamera pada bahagian belakang seperti pada XZ2 Premium. Rekaan peranti ini telah tertiris menerusi pengeluar kerangka Olixar.

Pada bahagian belakang dwi-kamera disusun secara menegak pada paksi tengah. Perbezaan yang dapat dilihat ialah tiada cagak kamera mengelilingi bahagian lensa seperti yang ditemui pada XZ2 Premium. Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat pula terletak di bawah lensa kamera. Bahagian dagu dan dahi XZ3 masih lagi besar jika dibandingkan dengan peranti pesaing di pasaran semasa kerana mengekalkan sistem audio stereo di bahagian hadapan. Bolehkah dikatakan peranti ini adalah sebuah XZ2 dengan sistem dwi-kamera.


TIPS & ULASAN