Samsung Bakal Menyuntik Dana Sebanyak RM5.2 Bilion Untuk Meningkatkan Pembuatan Cip NAND Untuk Storan SSD

Samsung Bakal Menyuntik Dana Sebanyak RM5.2 Bilion Untuk Meningkatkan Pembuatan Cip NAND Untuk Storan SSD

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Samsung mungkin terkenal untuk peranti-peranti mudah alih mereka, tetapi di antara bisnes mereka yang cukup menguntungkan ialah pembuatan cip untuk storan dan juga memori peranti.

Pada tahun 2018, Samsung dikatakan telah memasukkan dana sebanyak $6.4 bilion (RM28.6 bilion) untuk meningkatkan produktiviti pembuatan cip NAND, di samping menciptan NAND 3D baru yang boleh digunakan untuk menampung jumlah storan yang besar di dalam ruang yang kecil.

Syarikat tersebut bercadang untuk menyuntikkan sebanyak $2.6 bilion (RM5.2 bilion) lagi untuk tujuan tersebut untuk mempercepatkan lagi pembuatan cip NAND tersebut pada tahun 2019.

Penambahan cip NAND ini ialah bukti bahawa storan seperti SSD semakin diterima ramai, dan bakal menggantikan storan cakera keras sebagai storan utama untuk pengguna-pengguna komputer desktop di seluruh dunia.

Peningkatan pengeluaran cip NAND SSD ini juga dikatakan penunjuk bahawa harga SSD sedunia akan menurun kerana jumlah SSD yang banyak yang akan memasuki pasaran dalam masa beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN