Cari @ Amanz

Tahun ini Galaxy S9 tidak mempunyai perbezaan mendadak berbanding Galaxy S8. Untuk Galaxy Note 9, nampaknya perkara yang sama akan berlaku jika imej pengolokan yang tertiris di bawah adalah sahih. Perbezaan hanya dilakukan pada kedudukan pengimbas cap jari dan rekaan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Imej pengolokan Galaxy Note 9 berwarna biru dan ungu tertiris pada hujung minggu ini. Dari apa yang dapat dilihat, sistem bukaan boleh-ubah Galaxy S9+ akan diguna pakai. Saiz bezel dagu dan dahi masih lagi sama seperti Note 8 bersama dengan kedudukan sensor-sensor pengimbas iris dan cahaya. Tidak seperti tahun sebelumnya, Samsung menumpukan penambahbaikan pada kemampuan stylus tahun ini berbanding rekaan luaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd