Western Digital Memperkenalkan WD Black 3D NVMe SSD – Storan PCIe NVMe Terpantas Pada Harga Bermula RM449

Western Digital Memperkenalkan WD Black 3D NVMe SSD – Storan PCIe NVMe Terpantas Pada Harga Bermula RM449

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Walaupun Western Digital baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menutup kilang pembuatan cakera keras mereka di Petaling Jaya, syarikat tersebut dilihat sedang terus mara dengan produk-produk SSD mereka.

Terkini, Western Digital akhirnya melancarkan siri SSD terbaru mereka, yang dinamakan WD Black 3D NVMe SSD, sebuah SSD PCIe NVMe yang dibina khusus untuk binaan komputer berkuasa tinggi yang memerlukan kebolehan membaca dan menulis data yang sangat pantas, disamping memberi pengguna jumlah storan yang cukup besar untuk perisian-perisian seperti permainan komputer.

SSD ini hadir dengan pilihan storan yang cukup besar, termasuklah 250GB, 500GB dan juga 1TB. Dalam pada itu, ia menggunakan sambungan PCIe, yang biasanya digunakan oleh kad-kad grafik untuk kelajuan membaca dan menulis data yang cukup pantas sekali.

Digabungkan dengan antaramuka NVMe (Non-volatile Memory Express), WD menjanjikan kelajuan pembacaan data setinggi 3400MB/s dan penulisan data 2800MB/s dan kelajuan operasi 500 ribu IOPS untuk kelajuan data sepantas memetik jari.

SSD-SSD WD Black 3D NVMe SSD ini juga hadir dengan waranti selama lima tahun, dan akan hadir di pasaran tempatan pada penghujung bulan Julai 2018 dan akan dijual pada harga-harga berikut:

  • WD Black 3D NVMe SSD 250GB: RM449
  • WD Black 3D NVMe SSD 500GB: RM799
  • WD Black 3D NVMe SSD 1TB: RM1599

TIPS & ULASAN