Data Transfer Project Memudahkan Pengguna Memindahkan Data Dari Satu Perkhidmatan Ke Perkhidmatan Yang Lain
Artikel Berkaitan

Data Transfer Project Memudahkan Pengguna Memindahkan Data Dari Satu Perkhidmatan Ke Perkhidmatan Yang Lain

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Zaman sekarang ramai tidak hirau jika memori telefon pintar mereka adalah 32GB atau 64GB. Seperti saya sendiri, iPhone 7 saya pilih variasi 32GB manakala iPhone 8 saya menggunakan variasi 64GB.

Ini kerana, storan awan lebih memudahkan kerja-kerja menyimpan, membuat sandaran atau juga sebagai arkib. Tetapi menjadi masalah apabila ingin memindah data dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain. Contohnya, dari OneDrive ke Google Photos atau sebaliknya. Kini dengan Data Transfer Project – perkara ini lebih mudah.

Data Transfer Project adalah pembangunan bersama antara Google, Microsoft, Twitter, dan Facebook. Lebih menarik, perkhidmatan ini adalah sumber terbuka. Ini bermakna bukan antara Google, Microsoft,Twitter atau Facebook sahaja. Tetapi, mana-mana syarikat atau perkhidmatan yang ingin mengintegrasikan sistem mereka – ia boleh dilakukan.

Selain daripada membuat pemindahan dari satu storan awan ke storan awan lain, ia turut boleh membuat salinan. Jika anda seorang yang paranoid – anda boleh membuat sandaran dari Google Drive dan kemudian buat salinan ke OneDrive sebagai sandaran tambahan.

Walaupun pengguna sudah pun boleh mencuba perkhidmatan ini. Perkhidmatan Data Transfer Project ini masih belum sedia secara penuhnya dan belum di lancarkan secara rasminya. Ini kerana, projek ini masih memerlukan lebih banyak perkhidmatan dan syarikat mengimplementasi projek ini dengan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN