Cari @ Amanz

Pada awal bulan lepas, presiden Honor telah mengesahkan di mana Honor Note 10 bakal dilancarkan. Rekaan siri Honor Note terbaru ini pula tetiris dan memperlihatkan penggunaan skrin dwi-lengkung. Kemudian, melalui laman Weibo rasmi mereka, ia disahkan di mana peranti ini akan dilancarkan di acara IFA 2018 pada 31 Julai kelak.

Terkini, melalui laman rasmi TENAA – Honor Note 10 dengan storan 512GB disenaraikan. Selain itu ia turut menyokong tambahan kad mikroSD sehingga 256GB. Ini dilihat adalah sama dengan Huawei Mate RS yang dilancarkan di China.

Ia turut mempunyai pilihan memori 64/128/512 GB storan dalaman dan RAM sebanyak 6/8 GB. Untuk kamera utama, 16 + 24 – Megapixel dan 13-Megapixel kamera swafoto dan skrin 6.95-inci AMOLED FHD+. Menguasakan peranti ini adalah 4900mAh bateri dan ia menjalankan EMUI dengan Android Oreo 8.1.0.

Pilihan warna peranti pula dilihat hanya menyenaraikan “Black Blue” – ini mungkin warna gabungan hitam dan biru ala twilight pada Huawei P20 Pro. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd