TM Dan TNB Membatalkan Kerjasama Untuk Memacu Capaian Jalur-Lebar

TM Dan TNB Membatalkan Kerjasama Untuk Memacu Capaian Jalur-Lebar

Diterbitkan pada July 23, 2018 oleh .

Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional (TNB) telah mengumumkan kerjasama pada awal tahun ini dalam usaha untuk hadir dengan cadangan membangunkan dan mengimplementasi Pelan Fiber Seluruh Negara – sekaligus membawa akses jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada lebih ramai pengguna di Malaysia.

TM TNB

Walaubagaimanapun, nampaknya kerjasama berkenaan kini tidak lagi akan berlaku. Diumumkan hari ini melalui pemfailan di Bursa Malaysia, Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional dilihat telah membatalkan kerjasama mereka. Ini bermakna, kedua-dua pihak tidak akan hadir dengan cadangan atau usulan untuk melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara secara bersama – sebaliknya mungkin mempunyai perancangan mereka tersendiri.

Seperti ramai sedia maklum, Telekom Malaysia sedia kukuh dalam arena penawaran jalur-lebar, sementara untuk Tenaga Nasional pula, mereka mempunyai infrastruktur untuk pembekalan tenaga elektrik, dan sokongan menggunakan rangkaian transmisi elektrik untuk komunikasi optik fiber. Pada masa yang sama, sebelum ini Tenaga Nasional turut telah mengambil-alih penyedia perkhidmatan jalur-lebar, Cyberjaya Broadband.

Telekom Malaysia mengatakan walaupun kerjasama ini terbatal, namun tidak mustahil mereka kembali bekerjasama untuk peluang perniagaan lain bersama TNB pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN