Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Xbox Berharga Rendah, Memfokuskan Penstriman Sahaja

Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Xbox Berharga Rendah, Memfokuskan Penstriman Sahaja

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Microsoft sebelum ini sedia berkongsi perancangan mengatakan sedang membangunkan sistem permainan berasaskan awan, sekaligus membolehkan pengguna memainkan permainan kegemaran mereka pada sebarang peranti tanpa mengira spesifikasi dan sebagainya.

Kini, selari dengan perkara berkenaan, laporan baru hadir hari ini mengatakan Microsoft sedang membangunkan dua variasi konsol Xbox generasi baru.

Yang pertama dikatakan akan menawarkan sokongan konsol berkuasa dan boleh dimainkan tanpa internet seperti sedia ada. Menariknya, satu lagi variasi konsol baru yang sedang dibangunkan dikatakan akan beroperasi berasaskan kepada awan.

Konsol memfokuskan penstriman berasaskan awan ini dikatakan akan membawakan spesifikasi sedikit rendah – sekaligus menjadikan harga jualannya lebih kompetitif berbanding konsol lain di pasaran. Hal ini dikatakan kerana permainan berkenaan akan distrim berasaskan awan, sekaligus membolehkan pelbagai pemprosesan dan sebagainya dilakukan di luar konsol berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan memperkenalkan konsol baru ini. Selain Microsoft, pihak Sony dan Nintendo turut mempunyai penawaran penstriman permainan untuk para pengguna mereka.


TIPS & ULASAN