iPhone 2018 Hanya Boleh Mengecas Dengan Pantas Dengan Menggunakan Pengecas USB-C Yang Diiktiraf
Artikel Berkaitan

iPhone 2018 Hanya Boleh Mengecas Dengan Pantas Dengan Menggunakan Pengecas USB-C Yang Diiktiraf

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Barisan iPhone model 2018 dikatakan bakal menyertakan pengecas USB-C untuk tujuan pengecasan pantas. Rekaan pengecasnya juga sudah pun tertiris sebelum ini. Seperti biasa, mana-mana produk Apple pasti akan ada had untuk menggunakan aksesori pihak ketiga. Oleh itu, iPhone 2018 ini hanya boleh mengecas pantas dengan pengecas USB-C yang diiktiraf.

Tidak dinafikan, Apple masih akan mengekalkan port Lightning mereka. Cuma kali ini, dalam kotak – Apple akan sediakan kabel USB-C ke USB-Lighting dan bukannya USB-A seperti terdahulu. Pengecas USB-C pantas yang Apple gunakan adalah USB-PD (Power Delivery). Ini adalah sama yang digunakan oleh barisan Google Pixel.

Baik Pixel atau iPhone – hanya pengecas USB-C PD yang diiktiraf sahaja boleh mengecas peranti. Jika pengiktirafan produk-produk Apple adalah MFI (Made for iDevices), bagi pengecas USB-C ia adalah C-AUTH. Jika tidak akan ada amaran dinyatakan atau kelajuan pengecasan akan dihadkan kepada had minima demi keselamatan.


TIPS & ULASAN