Cari @ Amanz

Peranti realiti maya Samsung Gear VR dilancarkan tiga tahun yang lalu. Ia adalah peranti realiti maya yang mempunyai jumlah pengguna tertinggi. Terdapat pelbagai sokongan aplikasi realiti maya diberikan seperti Netflix tetapi aneh sekali tiada sokongan untuk YouTube VR sehinggalah hari ini.

Gear VR

Menerusi YouTube VR, kandungan video 360 darjah akhirnya dapat dinikmati pengguna Gear VR. Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Oculus Store. Ini meletakkan Gear VR setanding dengan Google Daydream View, PlayStation VR dan HTC Vive.

Pada masa yang sama aplikasi ini turut membenarkan pengguna untuk menonton video realiti maya secara berkumpulan dengan rakan-rakan. Ini membolehkan video yang ditonton dinikmati bersama dengan sokongan komuniti yang lebih baik. YouTube juga akan menghasilkan kandungan realiti maya eksklusif pada platform mereka seperti kehidupan seharian pemain pedang Ibtihaj Muhammad dan pandangan belakang pentas konsert Hayley Kiyoko. Selamat menyelami alam maya YouTube bagi pengguna Gear VR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd