Secara purata rakyat Malaysia membeli peranti baru setiap 15 bulan. Oleh itu peranti mercu generasi terdahulu boleh dimiliki pada harga yang lebih mampu milik menerusi jualan nilai semula. Nilai jualan semula ini bergantung kepada model dan keadaan peranti.
Menurut pakar likuidasi B-Stock, nilai jualan semula iPhone X ialah yang tertinggi di pasaran. Peranti boleh dijual semula pada harga 85% dari harga belian asal. Ini adalah lebih tinggi berbanding model iPhone dan Android lain di pasaran.
Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana iPhone X ialah peranti yang amat didambakan ramai pengguna tetapi harga jualan yang mahal. Apabila dijual semula pada harga lebih rendah, ini dilihat sebagai masa yang tepat untuk memilikinya.