Carian
Qualcomm : Kelajuan Internet Adalah Perlahan Pada iPhone, Berbanding Peranti Android Lain
July 24, 2018 Fahim Zahar

Di zaman telefon pintar yang popular ini, pasti semua orang mempunyai akses ke internet – baik untuk media sosial, penstriman atau juga pelbagai tugasan lain. Tetapi, adakah sesebuah telefon pintar mampu capai satu tahap kelajuan yang memuaskan? Dengan pilihan peranti di pasaran, terutamanya dari segi penawaran peranti Android dan iOS, semestinya ramai yang ingin mengetahui yang manakah menawarkan pengalaman akses internet yang lebih pantas.

Terkini, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Qualcomm berdasarkan kepada data yang dihimpunkan melalui Ookla, ia dilihat peranti Android menggunakan cip Snapdragon 845 menawarkan kelajuan internet yang lebih pantas berbanding dengan kelajuan internet di iPhone.

Statistik ini dikeluarkan oleh Qualcomm berdasarkan jutaan pengguna yang membuat ujian kelajuan Internet menggunakan platform popular Ookla. Kelajuan Internet pada peranti dengan Snapdragon 845 ini adalah lebih laju kerana kehadiran modem Qualcomm X20. Manakala pada iPhone, Apple menggunakan modem daripada Intel. Terdapat pada satu ujian, ia turut memperlihatkan kelajuan menggunakan peranti Android berasaskan Snapdragon 845 menawarkan kelajuan lebih 192% pantas berbanding dengan telefon iPhone.

Walaupun ujian ini adalah berdasarkan pelan telekomunikasi di Amerika Syarikat – ia masih menunjukkan betapa hebatnya sesebuah peranti menggunakan cip Snapdragon 845 dalam urusan memuat-turun atau memuat-naik – berbanding dengan iPhone. Jadi, jika anda sedang melayari web, menstrim, memuat naik, memuat turun, atau melakukan tugas-tugas dalam talian dan terasa lengah masa atau perlahan – ini bermakna anda sedang menggunakan iPhone dan mungkin sudah sampai masa anda beralih ke peranti Android.

Komen