Spesifikasi Kirin 980 Tertiris Dengan Kelajuan 2.8 GHz Dan GPU Buatan Sendiri

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris Dengan Kelajuan 2.8 GHz Dan GPU Buatan Sendiri

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Pemproses HiSilicon Kirin 980 bakal digunakan pada peranti Huawei Mate 20. Ia akan memberikan penambahbaikan kepada Kirin 970 yang merupakan pemproses untuk peranti mercu Huawei di pasaran sekarang. Spesifikasi pemproses terkini mereka telahpun tertiris ke arena web.

Ia mengekalkan rekaan lapan teras dengan empat teras berkuasa tinggi Cortex A77 pada kelajuan 2.8 GHz dan empat lagi teras berkuasa rendah Cortex A55. Kirin 980 dilaporkan akan menggunakan GPU buatan sendiri Huawei yang 1.5 kali ganda lebih berkuasa berbanding Adreno 630 yang digunakan pada Snapdragon 845. Sebelum ini mereka menggunakan GPU Mali keluaran ARM.

Pada waktu yang sama cip NPU terkini keluaran Cabricorn untuk kecerdasan buatan baru akan turut digunakan. Pemproses ini turut dipercayai akan dihasilkan menggunakan teknologi 7nm FinFET TSMC.


TIPS & ULASAN