Rekaan Baru Material Design Google Diperlihatkan Dalam Satu Video Acah Tidak Rasmi

Diterbitkan pada July 24, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Material Design diperkenalkan pada 2014, iaitu 4 tahun yang lalu. Ia mula dilancarkan pada Android Lollipop. Kini, rekaan Material Design semakin matang, banyak perubahan, semakin kemas dan juga ramah pengguna.

Terkini, satu video acah memperlihatkan penggunaan rekaan Material Design baru (mungkin Material Design 2.0) pada lebih banyak aplikasi Google. Ia dihasilkan bersama-sama dengan pasukan Google Material Design secara tidak rasmi. Ia mula diterbit melalui Vimeo – kemudian video tersebut telah dipadam. Ini berkemungkinan rekaan tersebut, masih belum sedia untuk dipaparkan kepada orang ramai.

Daripada video di atas, ia boleh dikatakan mungkin adalah Material Design baru seperti yang dilihat hadir pada GMail, Google Drive dan banyak lagi laman-laman Google atau aplikasi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami