Ujian Penanda Aras Menunjukkan Snapdragon 710 Lebih Berkuasa Berbanding Kirin 710

Ujian Penanda Aras Menunjukkan Snapdragon 710 Lebih Berkuasa Berbanding Kirin 710

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Dua pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 710 dan HiSilicon Kirin 710 dilancarkan selang beberapa minggu di antara satu sama lain. Snapdragon 710 ialah pemproses kelas pertengahan premium Qualcomm. Kirin 71o pula ialah pemproses kelas pertengahan Huawei untuk menggantikan Kirin 659.

Ujian penanda aras telah dilakukan ke atas Xiaomi Mi 8 SE yang menggunakan Snapdragon 710 dan Huawei Nova 3i yang menggunakan Kirin 710. Ia menunjukkan Snapdragon 710 adalah lebih berkuasa dalam kemampuan memproses satu dan multi-tugas. Yang menarik bagi kami ialah markah Snapdragon 710 tidak jauh di belakang Huawei P2o Pro yang menggunakan Kirin 970 dalam ujian satu teras.

Pada waktu yang sama markah yang dicatatkan Huawei P20 Lite (Huawei Nova 3e) yang menggunakan Kirin 659 adalah jauh lebih rendah berbanding Huawei Nova 3i. Jadi tidak mengejutkan jualan Nova 3e akan dihentikan sejurus selepas Nova 3i memasuki pasaran Malaysia pada 28 Julai ini.

Kedua-dua Snapdragon 710 dan Kirin 970 dihasilkan menggunakan proses 10nm manakala Kirin 710 masih lagi menerusi proses 12nm. Jadi buat masa ini, Snapdragon 710 ialah pemproses kelas pertengahan yang paling berkuasa di pasaran.


TIPS & ULASAN