Xiaomi Malaysia telah pun mengumumkan Redmi 6 dan Redmi 6A yang akan mula dijual bermula esok, 25 Julai. Selain kedua-dua telefon pintar ini, Xiaomi kini dilihat akan melancarkan tiga lagi telefon pintar terbaru dalam masa terdekat.
Apakah model yang akan dilancarkan masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, mengikut perkembangan semasa, ia berkemungkinan adalah Mi A2 dan Mi A2 Lite yang bakal dilancarkan minggu ini pada peringkat global, selain berkemungkinan juga adalah Redmi 6 Pro yang telah dilancarkan di China beberapa minggu lepas.
Apa pun, ini hanya sekadar spekulasi daripada kami sahaja, dan tidak diketahui lagi apakah peranti lain yang akan dilancarkan oleh Xiaomi ini dalam masa terdekat di Malaysia.