Dilancarkan serentak dengan Galaxy S9 awal tahun ini, AR Emoji ialah jawapan Samsun kepada sistem Animoji pada iPhone X. Ia memberikan beberapa fungsi unik seperti menghasilkan avatar 3D yang kelihatan seperti wajah pengguna. Sungguhpun begitu kami merasakan pilihan aksesori yang diberikan adalah kecil dan pengesanan wajah tidak sebaik Animoji.
https://www.youtube.com/watch?&v=pmwHgmxOxBA
Aplikasi My Emoji Maker bakal dikemaskini dengan beberapa penambahbaikan. Avatar 3D yang dihasilkan kini mempunyai lebih banyak pilihan gaya rambut, bentuk mata, warna mata, pipi, mulut, dagu dan tona warna kulit. Dengan kesemua pilihan ini, watak 3D yang lebih menghampiri wajah sebenar pengguna dapat dihasilkan.
Selain daripada itu menurut Samsung jumlah titik pengesanan pada wajah meningkat 65% bagi menjejak pergerakan wajah yang lebih tepat. Kemaskini ini masih belum diterima oleh peranti di Malaysia buat masa ini dan bakal diberikan secara berperingkat