OnePlus 5 Dan 5T Bakal Menerima Mod Potret Swafoto OnePlus 6

OnePlus 5 Dan 5T Bakal Menerima Mod Potret Swafoto OnePlus 6

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

OnePlus 6 hanya dilengkapi satu kamera swafoto di bahagian hadapan. Tetapi menerusi mod potret,gambar swafoto dengan latar belakang yang dikaburkan boleh diambil. Di dalam sesi forum Open Ears bersama peminat yang dilakukan mereka, OnePlus mengesahkan mod potret swafoto ini akan turut diberikan kepada OnePlus 5 dan 5T.

Tiada tarikh bilakan kemaskini ini akan diberikan kepada dua peranti mercu lama mereka. Pada waktu yang sama FileDash akan ditambah baik bagi membolehkan ia boleh digunakan dengan aplikasi OnePlus yang lain. Masalah gambar yang mempunyai kesan “lukisan minyak” akan diperbaiki. Shelf bakal menyokong tema gelap. Akhir sekali lebah banyak tema dan warna bakal diberikan.


TIPS & ULASAN