Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru berasaskan kepada program Android One, iaitu Xiaomi Mi A2.

Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2 hadir dengan skrin 5.99-inci, menggunakan cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut menyertakan kamera hadapan 20-megapixel, dan dwi-kamera belakang 12MP + 20MP.

Xiaomi Mi A2

Telefon pintar ini hadir dengan antaramuka asal Android, serta menawarkan pelbagai kemaskini sekuriti semasa dengan pantas. Pengguna turut disediakan dengan sokongan Bluetooth 5.0 pada telefon pintar ini, selain sokongan pencahayaan lembut untuk swafoto.

Xiaomi Mi A2

Telefon pintar ini dijangka hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia dalam masa terdekat ini. Di Eropah, ia akan dijual pada harga bermula 249 Euro untuk model 4GB RAM, iaitu sekitar RM1184 – yang mana merupakan harga dengan cukai tambahan. Mungkin kita akan dapat melihat ia dijual pada harga lebih kompetitif di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd