Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Xiaomi Mi A2, pihak Xiaomi turut mengumumkan Mi A2 Lite. Ia hadir dengan penawaran spesifikasi sedikit rendah, tetapi masih kekal menggunakan antaramuka asal Android tanpa penambahan kosmetik dibawah program Android One.

Xiaomi Mi A2 Lite

Xiaomi Mi A2 Lite hadir dengan cip Snapdragon 625 – sekaligus menambah satu lagi peranti dibawah Xiaomi yang menggunakan cip pemprosesan sama. Xiaomi Mi A2 Lite hadir dengan skrin 5.84-inci dengan paparan HD+ penuh, dilengkapi skrin bertakuk pada nisbah 19:9, menawarkan memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 12MP+5MP, selain kamera swafoto 5-megapixel dihadapan.

Xiaomi Mi A2 Lite

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah ia turut hadir dengan sokongan bateri 4000mAh yang boleh bertahan penggunaan sehingga dua hari lamanya. Telefon pintar ini menyertakan pengimbas cap jari dibelakang.

Xiaomi mengumumkan ia di Eropah sahaja buat masa ini, dan ia dijangka diperluaskan kepada pengguna global dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd