Grab Dilaporkan Melabur Pada Perkhidmatan Penghantaran Barangan Runcit, HappyFresh

Grab Dilaporkan Melabur Pada Perkhidmatan Penghantaran Barangan Runcit, HappyFresh

Diterbitkan pada July 24, 2018 oleh .

Grab sebelum ini telah mengumumkan pembukaan API perkhidmatan mereka, sekaligus membolehkan perkhidmatan pihak ketiga untuk turut menggunakan dan memautkan perkhidmatan mereka bersama Grab. Ketika pengumuman berkenaan, salah satu perkhidmatan yang dipertontonkan adalah GrabFresh hasil kerjasama dengan HappyFresh.

Pada awalnya, ramai menyasarkan ia lebih kepada hanya kerjasama sahaja, tetapi kini laporan baru hadir mengatakan Grab telah membuat pelaburan pada perkhidmatan penghantaran barangan runcit berkenaan, HappyFresh.

Ia tidak diketahui berapakah pegangan yang diambil oleh Grab melalui pelaburan, dan berapakah nilai pelaburan yang dilakukan pada HappyFresh ini. Pihak Grab tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan pelaburan ini buat masa ini.

Apa pun, sekiranya benar, maka ia akan menguntungkan kedua-dua pihak dalam terus mengukuhkan penawaran mereka, serta pada masa yang sama memenangi hati pengguna.

Grab dijangka menawarkan perkhidmatan GrabFresh ini di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN