BitTorrent merupakan salah satu perkhidmatan yang popular dengan penawaran perisian perkongsian P2P mereka – selain turut membangunkan teknologi berkaitan dengan arena P2P. Kini, hari ini mereka mengesahkan yang mana BitTorrent telah diambil-alih oleh TRON.
TRON merupakan syarikat memfokuskan rantaian-blok dengan penawaran kriptowang mereka tersendiri dengan nama TRX. Mengikut desas-desus sebelum ini, pengambil-alihan ini dikatakan mencecah nilai sekitar $140 juta (~RM560 juta).
BitTorrent dilihat akan terus beroperasi dibawah jenama mereka, dan pada masa yang sama akan terus memacu visi bersama TRON dalam usaha hadir dengan ekosistem terpencar (decentralized) tersendiri.