Carian
Gambar Samsung Galaxy Note 9 Tertiris – Memperlihatkan Pilihan Warna Biru, Hitam Dan Perang
July 25, 2018 Aman

Samsung Galaxy Note 9 bakal dilancarkan secara rasminya pada 9 Ogos kelak. Seperti biasa, menjadi kebiasaan untuk kita melihat sesuatu peranti tertiris beberapa minggu sebelumnya, dan untuk Galaxy Note 9 sendiri kita telah melihat beberapa gambar hadir ke arena web sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 9

Hari ini, @evleaks yang terkenal dengan perkongsian pelbagai gambar peranti sebelum pelancaran rasmi, turut telah berkongsi gambar Samsung Galaxy Note 9.

Samsung Galaxy Note 9

Gambar yang dikongsikan memperlihatkan tiga pilihan warna, termasuk hitam, biru dan juga perang. Menariknya, Galaxy Note 9 dengan pilihan warna biru turut hadir dengan S-Pen berwarna kuning.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 9 Ogos kelak untuk melihat penawaran yang disediakan oleh Galaxy Note 9, termasuk ciri-ciri baru pada S-Pen kelak.

Komen