Elon Musk adalah CEO kepada SpaceX, Tesla dan juga The Boring Company. Sejak kebelakangan ini, Twitter beliau di kicau semula dan juga di balas dengan spam bot yang turut menggunakan nama Elon Musk. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, Twitter akan mengunci akaun pengguna yang menggunakan nama Elon Musk.
Isu ini bermula dengan penipu kriptowang melalui pengiklanan di Twitter. Nama Elon Musk di Twitter telah pun disahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan nama Elon Musk – Twitter akan mengunci akaun anda.
Cara untuk menyahkunci adalah dengan menjawab cabaran reCAPTCHA dan juga mengesahkan nombor telefon. Jika anda berjaya melalukan sedemikian, anda masih lagi boleh menggunakan nama Elon Musk – ini kerana spam bot tidak boleh melakukan pengesahan tersebut.