Qualcomm Memperacahkan Mod Permua Seakan GPU Turbo Huawei

Diterbitkan pada July 25, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telefon pintar sekarang sudah menjadi “konsol” pilihan pengguna yang menggemari permainan video. Tahun ini sahaja terdapat banyak telefon pintar untuk permua telah dilancarkan. Huawei memperkenalkan fungsi GPU Turbo untuk cip Kirin mereka yang akan mempertingkatkan kemampuan pemproses menjalankan permua tetapi mengurangkan penggunaan bateri.

Pihak Qualcomm mungkin akan turut memberikan fungsi yang sama kepada peranti yang menggunakan cip Snapdragon mereka hari ini. Akaun Weibo Qualcomm berkongsi imej atas di atas dengan frasa “lebih pantas”, “lebih pintar”, “lebih lancar” dan “lebih sejuk”. Kami akan mengemaskini artikel ini apabila maklumat lebih lanjut diperolehi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami