Elgato Hadir Dengan Aksesori Pengawal Penstriman Mudah Alih Elgato Stream Deck Mini

Elgato Hadir Dengan Aksesori Pengawal Penstriman Mudah Alih Elgato Stream Deck Mini

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Penstriman permainan komputer boleh dikatakan telah menjadi satu industri sekarang, dengan perkhidmatan-perkhidmatan video dan penstriman atas talian semua hadir dengan ciri-ciri unik mereka sendiri.

Elgato, sebuah syarikat yang dikenali untuk aksesori rakaman dan penstriman mereka kini hadir dengan sebuah aksesori pengawal penstriman yang boleh digunakan jika anda jenis yang gemar melakukan aktiviti penstriman dimana sahaja anda berada, yang dinamakan Elgato Stream Deck Mini.

Stream Deck Mini ini merupakan versi mudah alih Elgato Stream Deck yang dilancarkan sebelum ini, dan hadir dengan enam butang yang boleh digunakan untuk pelbagai kawalan penstriman. Dalam pada itu, anda juga boleh mengubah arahan kawalan dengan mudah, dan ini memastikan anda boleh mengakses arahan-arahan anda tanpa sebarang masalah.

Sama seperti peranti Stream Deck sebelum ini, Stream Deck Mini juga hadir dengan pelbagai perkhidmatan penstriman yang popular hari ini, seperti YouTube, Twitch, XSplit, Streamlabs dan sebagainya.

Harga untuk sebuah peranti Elgato Stream Deck Mini ini ditetapkan pada $100 (RM400) dan boleh dibeli melalui Amazon dan juga kedai atas-talian Corsair.


TIPS & ULASAN