Carian
Laman Sokongan Google Diberi Nafas Baru
July 25, 2018 Fahim Zahar

Google secara perlahan telah memberi nafas baru dalam banyak aplikasi dan perkhidmatan mereka. Baik dari ciri dan fungsi baru sehinggalah rekaan baru yang lebih ringkas. Selepas memperkenalkan panel log masuk dengan rekaan baru – kini laman sokongan Google, Google Support turut diubah.

Seperti biasa, rekaan baru mana-mana aplikasi atau perkhidmatan Google menggunakan font Google Sans dan juga mempunyai sedikit elemen Android P.

Sebagai perbandingan, gambar di atas adalah sebelum dan selepas laman sokongan Google diberi nafas baru.

  • Layari Laman Sokongan Google – Google Support Di Sini
Komen