Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Xiaomi Mi Bunny Watch 3 Dilancarkan Dengan Sokongan 4G

Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Xiaomi Mi Bunny Watch 3 Dilancarkan Dengan Sokongan 4G

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Kanak-kanak moden inginkan peranti yang sama seperti orang dewasa. Tetapi mereka masih belum mampu memastikan peranti yang diberikan dapat dijaga dengan baik. Oleh itu produk khusus untuk kanak-kanak boleh ditemui dalam jumlah yang banyak di pasaran. Xiaomi telah melancarkan jam tangan pintar untuk kanak-kanak mereka Mi Bunny Watch 3.

Jangan tangan pintar ini mempunyai sokongan 4G menerusi SIM bersaiz nano dan juga GPS bagi membolehkan pergerakan pemakai dijejak. Ia turut dilengkapi skrin 1.41″ AMOLED 320×360 pixel dan kamera sebesar 2-Megapixel. Bateri yang disertakan mampu memberikan tempoh operasi selama 30 jam. Akhir sekali ia mempunyai kemampuan kalis air IP X7. Di China Mi Bunny Watch 3 dijual pada harga RMB 599 (~RM 358) seutas.


TIPS & ULASAN