Carian
Google Chrome 68 Kini Memerangi Laman Tanpa HTTPS
July 25, 2018 Aman

Google sebelum ini telah mula mengalakkan ramai pembangun web untuk mula menggunakan sokongan penyulitan HTTPS pada laman web mereka. Kini, lanjutan daripadanya, Google bermula Chrome 68 yang ditawarkan hari ini telah mula melabelkan laman web tanpa HTTPS sebagai tidak selamat atau “Not Secure“.

Chrome HTTP

Label berkenaan dipaparkan bersebelahan dengan alamat URL sesuatu web berkenaan – sekaligus memberikan lebih tekanan untuk pembangun web untuk beralih kepada penggunaan HTTPS. Di Malaysia sendiri, terdapat sejumlah besar laman yang masih belum beralih sepenuhnya – termasuk laman seperti Astro, IIUM, dan sejumlah laman web milik kerajaan.

Melalui penggunaan HTTPS, ia menyertakan sejumlah penambah-baikkan, termasuk sokongan penyulitan dan sekuriti untuk pengguna, serta diperlukan untuk pelbagai teknologi baru seperti Google AMP dan sebagainya.

Sekiranya anda merupakan pembangun web, mungkin sudah tiba masanya untuk mengaktifkan laman anda dengan sokongan HTTPS hari ini.

Komen