Sejak beberapa minggu yang lalu pengguna Samsung Gear S3 melaporkan masalah jam tangan pintar mereka tidak boleh dicas sepenuhnya. Apabila mencapai tahap 88%, pengecasan terhenti dan amaran peranti yang panas akan terpapar pada skrin. Untuk melakukan pengecasan penuh, jam perlu dikeluarkan dahulu dari dermaga pengecas untuk menyejukkannya sebelum diletakkan semula.
Dua hari yang lalu kemaskini mula diterima oleh Gear S3 bagi menyelesaikan masalah ini. Ia hanya sebesar 16 MB dan mengemaskini sistem operasi ke versi 3.0.0.2. Dari pengalaman peribadi Gear S3 kini boleh dicas sehingga 100% tanpa masalah dan hayat bateri juga menunjukkan sedikit penambah baikan. Untuk melakukan kemaskini, pengguna boleh melakukannya menerusi aplikasi Gear atau Galaxy App. Notifikasi kemaskini akan dipaparkan apabila dua aplikasi ini dibuka.