Tiada Pilihan Warna Merah Buat iPhone 2018 6.1-Inci

Tiada Pilihan Warna Merah Buat iPhone 2018 6.1-Inci

Diterbitkan pada July 25, 2018 oleh .

Hari demi hari – laporan,berita dan ura-ura mengenai iPhone 2018 semakin banyak. Untuk mereka yang “kurang bajet” untuk memiliki iPhone 2018 sudah pasti memasang niat untuk memiliki variasi 6.1-inci. Ini kerana variasi ini adalah yang paling murah dan juga terdapat banyak pilihan warna.

 

Laporan terkini dari Macotakara mengatakan, iPhone 6.1 inci dengan skrin LCD tidak akan ada pilihan warna merah. Sebelum ini, menurut KGIiPhone 2018 dengan skrin 6.1-inci ini akan hadir dengan sokongan dwi-sim, harga serendah RM2140 dan Kuo meramal ia akan terdapat pilihan warna kelabu, putih, biru, merah dan oren.

Sebagai perbandingan, ramalan Ming-Chi Kuo adalah kelabu, putih, biru, merah, oren dan mungkin emas. Manakala, Macotakara mengatakan hanya akan terdapat pilihan warna – putih, hitam, taupe, kuning menyala, oren cerah dan biru elektrik. Mungkin menjadikan beza adalah mengenai ramalan warna merah dan penggunaan nama warna yang berbeza.

Jadi, ramalan mana satukah yang anda lebih percaya? Warna emas mungkin akan hadir – kerana sebelum ini telah tertiris iPhone X berwarna emas. Ketahui berita lanjut sebaik sahaja Apple mengumumkan iPhone 2018 kelak.


TIPS & ULASAN